24 Feb. 2015 - Unit Pentadbiran KEMAS Negeri Perak telah mengadakan satu bengkel khas untuk merancang dan melaksanakan takwim dan program disetiap unit-unit untuk tahun 2015 ini. Semua Penolong-penolong Pengarah, Pegawai Operasi, Pegawai KEMAS Daerah, Penyelia Kanan dan Penyelia pelbagai jurusan seluruh Negeri Perak hadir ke bengkel tersebut. Selama 3 hari 2 malam bengkel ini dilangsungkan yang bermula pada 24 - 26 Februari 2015 yang bertempat di Kompleks Rakan Muda, Kampar. Disamping itu, untuk kecergasan diri setiap pagi adakan senamrobik. Sebelah malam pula, selepas solat berjemaah Maghrib dan Isya' satu lagi majlis penghargaan diadakan kepada peserta-peserta yang mengambil VTO dibawah unit BPM dan sukarelawan-sukarelawan ke Kelantan untuk membantu mangsa banjir di Kuala Krai yang diketuai oleh Tuan Hj. Mohamad bin Hussin (Penolong Pengarah Operasi 2 KEMAS Perak).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan