Catatan Popular

Selasa, 18 November 2014

PEMERGIAN IBU MERTUA PENGARAH KEMAS PERAK KE RAHMATULLAH






 7 Nov 2014 - Al-Fatihah keatas pemergian Allahyarham ibu mertua kepada En. Ahmad Kamal Idris bin Hj. Mohd. Nawawi, Pengarah KEMAS Negeri Perak. Allahyarham telah menghembus nafasnya dikediamannya di Kampung Dendang, Beruas. Yang hadir beberapa kakitangan KEMAS Negeri Perak yang diketuai oleh En. Mohd. Ali Hanafiah bin Abu Hassan, Penolong Pengarah Kanan KEMAS Negeri Perak. 

BENGKEL PEMBANGUNAN DESA DAN PERHUBUNGAN KEMAS NEGERI PERAK






7 Nov 2014 - Unit Latihan dan Koperat dengan kerjasama Unit Pembangunan Desa dan Perhubungan KEMAS Negeri Perak telah menggadakan satu Bengkel Pembangunan Desa dan Perhubungan pada 7 hingga 8 November 2014 yang bertempat di Hotel Legend Inn, Taiping. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membincangkan mengenai perancangan program-program yang telah dijalankan dan gerak kerja perhubungan dari segi penerangan GST. Yang terlibat dalam bengkel ini iaitu Penyelia Kanan, Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan, Penyelia 3P dan Pemaju Masyarakat Pembangunan Desa seluruh Negeri Perak. Disamping itu, dalam bengkel ini juga diadakan satu peperiksaan mengenai perfahaman kerja-kerja perhubungan kepada semua penyelia-penyelia dan pemaju masyarakat yang hadir ke bengkel tersebut selama dua hari itu.

MESYUARAT PENGURUSAN MAJLIS SELAWAT KANAK-KANAK TABIKA KEMAS





6 Nov 2014 - Unit Pra Sekolah KEMAS Parlimen Kampar menggadakan satu mesyuarat untuk membincangkan mengenai Majlis Selawat Kanak-Kanak Tabika seluruh Negeri Perak yang akan diadakan pada 20 November 2014 bertempat Stadium Indera Mulia, Ipoh. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Puan Haslina binti Mokhtar, MT Pra Sekolah KEMAS Kampar dan dibantu oleh Ustazah Siti Khotijah binti Darman, MT Bina Insan KEMAS Kampar.

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2013







4 Nov 2014 - Satu majlis yang cukup meriah walaupun nampak sederhana iaitu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2014 kepada anggota-anggota KEMAS Negeri Perak yang seramai 112 orang penerima APC 2013 yang diadakan MH Hotel Sungai Siput. Majlis tersebut disempurnakan oleh YB. Dato' Hj. Samsudin bin Abu Hassan EXCO Kerajaan Negeri Perak merangkap ADUN Air Kuning. Turut hadir Wakil dari Tuan Pegawai Daerah Kuala Kangsar bersama-sama dalam majlis tersebut. Tuan Haji Mohamad bin Hussin mengetuai senarai penerima-penerima APC 2013. Tahniah kepada semua penerima-penerima APC bagi tahun 2013 terutama En. Mohammed Shawari bin Shafie (Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Kampar salah seorang penerima APC.

Selasa, 4 November 2014

PEMANTAUAN BERSILANG PEMERIKSAAN ASET





4 Nov 2014 - Seramai 6 orang kakitangan KEMAS Parlimen Kampar yang diketuai oleh En. Mohammed Shawari bin Shafie selaku Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Kampar membuat pemantauan bersilang pemeriksaan aset-aset yang berada di Pejabat KEMAS Parlimen Teluk Intan pada pagi tadi. Pihak KEMAS Parlimen Kampar teruja diatas layanan dan sambutan oleh pihak KEMAS Parlimen Teluk Intan dengan adanya minum pagi hinggalah makan tengahari dengan adanya udang galah masak lemak yang diuruskan oleh Pn. Zainun binti Ahmad selaku Penyelia Kanan KEMAS Teluk Intan dan seluruh kakitangan pejabat tersebut. Tujuan pemantauan aset ini dilakukan supaya aset-aset yang berada pejabat haruslah direkodkan dan ditandakan label bagi pemegang yang bertanggungjawab keatas harta modal dan inventori. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) ini merangkumi 6 Bab utama iaitu :

i.     Bab A : Penerimaan 
ii.    Bab B : Pendaftaran
iii.   Bab C : Penggunaan, Penyimpanan & Pemeriksaan
iv.   Bab D : Penyelenggaraan
v.    Bab E : Pelupusan
vi.   Bab F : Kehilangan atau Hapus Kira