Catatan Popular

Khamis, 23 Oktober 2014

MESYUARAT PENGERUSI ZON-ZON UNIT PERHUBUNGAN NEGERI PERAK






21 Okt 2014 - Unit Perhubungan KEMAS Negeri Perak telah membuat satu mesyuarat dan perbincangan kepada semua pengerusi zon-zon perhubungan untuk melancarkan kerja-kerja perhubungan setiap kawasan. Mesyuarat yang mengambil masa selama 2 jam tersebut telah diadakan di Pejabat KEMAS Parlimen Kampar dan dipengerusikan oleh Tuan Ahmad Kamal Idris bin Hj. Mohd. Nawawi (Pengarah KEMAS Negeri Perak). Yang hadir dalam mesyuarat tersebut iaitu En. Mohd. Shawari bin Shafie (Penyelia Kanan KEMAS Kampar), En. Mohd. Hasni bin Yatim (Penyelia Perhubungan KEMAS Perak), En. Zulkapli bin Che Ros (Penyelia Kanan KEMAS Sungai Siput), En. Nassurunnasir bin Alias (Penyelia Kanan KEMAS Pasir Salak), Pn. Mardihah binti Hj. Omar (Penyelia Kanan KEMA Bagan Serai) dan Tn. Syed Mohd. Damiri (Penyelia Kanan KEMAS Tg. Malim). Selepas mesyuarat itu, Tuan Pengarah KEMAS Negeri Perak terus ke Kompleks Rakan Muda Kampar untuk merasmikan penutup Bengkel Fail Meja KEMAS Negeri Perak kepada Pemaju-pemaju Masyarakat.

Khamis, 16 Oktober 2014

MAJLIS DIALOG SETEMPAT DUN TUALANG SEKAH







16 Okt. 2014 - Majlis Dialog Setempat DUN Tualang Sekah disekitar Zon Lembah Tempurung bersama-sama dengan masyarakat dengan kepimpinan kampung, agensi kerajaan persekutuan dan negeri. Majlis ini adalah anjuran dari Jabatan Penerangan Negeri Perak. Agensi kerajaan yang turut bersama dalam majlis dialog tersebut iaitu Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Tualang Sekah, Pejabat Tanah & Daerah Kampar, Majlis Daerah Kampar, PDRM, RELA, Penghulu Mukim, Pejabat Orang Besar Jajahan Kampar, Jabatan Haiwan Kampar dan Bomba. Kampung -kampung yang hadir iaitu Kg. Jeram, Kg. Jawa, Kg. Batu Berangkai dan Kg. Jahang. YB. Dato' Nolee Ashilin binti Dato' Mohd. Radzi (EXCO Kerajaan Negeri Perak merangkap ADUN Tualang Sekah) hadir untuk mendengar apa jua permasalahan kampung yang alami yang masih belum ada tindakan selanjutnya dari pihak tertentu.  Tujuan majlis dialog ini diadakan untuk menyelesaikan permasalahan kampung dari segi pertanian, keselamatan, ternakan dan infastruktur pembangunan kampung-kampung yang masih belum ada tindakan. Dengan majlis dialog ini, pelbagai perkara-perkara yang perlu diselesaikan segera seperti haiwan liar yang merosakkan tanaman penduduk kampung seperti babi, kera dan kerbau.

Ahad, 12 Oktober 2014

PELANCARAN KOSPEN PERINGKAT NEGERI PERAK





11 Okt. 2014 - Satu lagi program dari segi kesihatan untuk masyarakat terutama diluar bandar iaitu yang dinamakan "Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN)". Di Dewan Bunga Raya, Rumah Rehat Teluk Intan telah menjadi tuan rumah untuk Majlis Pelancaran KOSPEN Peringkat Negeri Perak yang disempurnakan oleh YB. Dato' Mohd. Azhar bin Jamaluddin (ADUN Changkat Jong). Yang turut hadir dalam majlis tersebut iaitu En. Ahmad Kamal Idris bin Hj. Mohd. Nawawi (Pengarah KEMAS Negeri Perak), Pengarah Kesihatan Negeri Perak dan sukarelawan-sukarelawan KOSPEN setiap kampung-kampung yang terlibat seluruh Negeri Perak. Dalam majlis pelancaran tersebut, tiap-tiap kesihatan daerah menggadakan pameran-pameran aktiviti KOSPEN yang dijalankan untuk tatapan hadirin sekalian.

Rabu, 8 Oktober 2014

PROGRAM KRAF KREATIF






30 Sep 2014 - Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Kampar dengan kerjasama KEMAS Parlimen Kampar telah menggadakan satu program berbentuk bengkel jahitan sulaman iaitu dinamakan Program Kraf Kreatif yang telah diadakan di Bengkel Jahitan KEMAS Kg. Pasir Batu 10, Tanjung Tualang. Seramai 30 orang peserta yang mengikuti program tersebut termasuklah seorang lelaki dan seorang lagi perempuan berbangsa cina. Tetamu jemputan yang hadir pada program itu berlangsung iaitu YBhg. Datuk Abd. Rahman bin Md. Som yang mewakili YB. ADUN Tualang Sekah, Puan Zetty (Setiausaha MPWK Negeri Perak) dan Cik Zaleha binti Mohd. Said (Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Kampar). Dengan ada program sebegini rupa, mereka boleh mengisi masa lapang dan menjana pendapatan sampingan dan peserta memohon diadakan bengkel jahitan ini pada setiap hari Khamis minggu pertama dan ketiga setiap bulan.

Selasa, 7 Oktober 2014

MESYUARAT & PENERANGAN KOSPEN DAERAH KAMPAR




7 Okt. 2014 - Satu mesyuarat dan penerangan kepada Pengerusi dan Setiausaha JKKK mengenai Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) peringkat Daerah Kampar telah diadakan di Dewan JKKK Kg. Chulek, Gopeng untuk dapatkan sukarelawan-sukarelawan disetiap kampung yang telah dipilih. Kampung-kampung yang terlibat dalam KOSPEN Daerah Kampar dari Parlimen Kampar iaitu Kg. Chulek, Kg. Changkat Legong, Kg. Changkat Baru, Kg. Changkat Tualang, Kg. Tualang Sekah, Kg. Gunung Panjang, Kg. Malim Nawar, Kg. Batu Berangkai dan Kg. Bukit Pekan. Untuk Parlimen Gopeng hanya 2 buah kampung terlibat iaitu Kg. Lawan Kuda dan Kg. Pulai. Tujuan majlis penerangan ini agar setiap Pengerusi dan Setiausaha JKKK dapat mencari sukarelawan-sukarelawan KOSPEN disetiap kampung tersebut sekurang-kurangnya minimum 5 orang sukarelawan.