Catatan Popular

Isnin, 30 Mac 2015

MESYUARAT PENYELARASAN ASET DAERAH KINTA/KAMPAR...





10 Mac 2015 - Satu mesyuarat penyelarasan JKPAK bagi Daerah Kinta dan Kampar siri suku tahun pertama bagi tahun 2015 ini. Yang turut hadir semua Penyelia Kanan, Penyelia dan Pemaju Masyarakat Khas seluruh Daerah Kinta dan Kampar untuk mendengar status aset-aset disetiap premis-premis kita. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd. Shawari bin Shafie selaku Penyelia Kanan KEMAS Kampar. Tatacara pengurusan aset alih kerajaan (TPA) ini merangkumi 6 bab utama iaitu :

Bab A : Penerimaan
Bab B : Pendaftaran
Bab C : Penggunaan, Penyimpanan & Pemeriksaan
Bab D : Penyelenggaraan
Bab E : Pelupusan
Bab F : Kehilangan atau Hapus Kira

BENGKEL PEMANTAPAN DAN GERAK KERJA PERHUBUNGAN KEMAS PARLIMEN KAMPAR...






3 Mac 2015 - Satu bengkel untuk memantapkan dan meningkatkan kerja-kerja perhubungan kepada semua pemaju-pemaju masyarakat KEMAS Parlimen Kampar pelbagai jurusan bagi tahun 2015. En. Mohd. Shawari bin Shafie selaku Penyelia Kanan KEMAS Kampar memberi taklimat tujuan bengkel ini diadakan kepada semua kakitangan dibawah jagaan beliau. Ada beberapa perkara yang baru disampaikan dan kerja-kerja perhubungan yang perlu dilaksanakan demi melancarkan perjalanan dan urusan unit perhubungan ini.




BENGKEL STRATEGIK KEMAS NEGERI PERAK...











24 Feb. 2015 - Unit Pentadbiran KEMAS Negeri Perak telah mengadakan satu bengkel khas untuk merancang dan melaksanakan takwim dan program disetiap unit-unit untuk tahun 2015 ini. Semua Penolong-penolong Pengarah, Pegawai Operasi, Pegawai KEMAS Daerah, Penyelia Kanan dan Penyelia pelbagai jurusan seluruh Negeri Perak hadir ke bengkel tersebut. Selama 3 hari 2 malam bengkel ini dilangsungkan yang bermula pada 24 - 26 Februari 2015 yang bertempat di Kompleks Rakan Muda, Kampar. Disamping itu, untuk kecergasan diri setiap pagi adakan senamrobik. Sebelah malam pula, selepas solat berjemaah Maghrib dan Isya' satu lagi majlis penghargaan diadakan kepada peserta-peserta yang mengambil VTO dibawah unit BPM dan sukarelawan-sukarelawan ke Kelantan untuk membantu mangsa banjir di Kuala Krai yang diketuai oleh Tuan Hj. Mohamad bin Hussin (Penolong Pengarah Operasi 2 KEMAS Perak).